Assalamualikum..
Lama sudah tangan tidak menaip dalam blog sendiri. Bukan tidak ada
tetapi masa sentiasa mencemburui diri ini. Alhamdulilah telah menamatkan zaman
degree dan sekarang sudah berada dalam alam pekerjaan walaupun hanya sementara.
Rezeki Allah itu sangat luas.
Hari ini ayie nak berkongsi berkaitan dengan sebuah novel ini. Novel ini ayie beli masa on the way nak
blik ke Tg Malim daripada Kuala Lumpur. Lama sudah beli novel ini tetapi masih
tidak bekesempatan hendak menghabiskan novel ini. Masa rehat dekat sekolah,
alhamdulilah dapat membaca sebab nak hilangkan rasa bosan dalam bilik guru yang
tidak ada wifi. Hehe
Tajuk Novel
ini ialah “Gadis Kecil di Pinggi Gaza”. Novel ini lebih mengisahkan
bagaimana seorang kanak-kanak bernama PALESTINE yang mempunyai jiwa dan
semangat juang menegakkan bumi Palestine yang sedang bergolak. Selain itu,
semangat kanak-kanak ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk bertemu
dengan ayahnya. Begitu kuat jiwa anak kecil PALESTINE ini. Ayie sangat
kagum dengan kanak-kanak Palestine. Sesungguhnya ganjaran syurga menanti untuk
mereka yang menegakkan ISLAM.
Selain itu,
Novel “Gadis Kecil di Pinggir Gaza” ini juga mengetengahkan berkaitan
dengan umat islam yang mempunyai semangat JIHAD yang tinggi untuk
menjadi SUKARELAWAN untuk membantu negera Palestine. Tabik dengan
semangat mereka yang sanggup bekorban apa sahaja demi memastikan Negara islam
berada pada landasannya.
Novel “Gadis
Kecil di Piggir Gaza” memberi banyak manfaat. Bila ayie dah abis baca, Ya
Allah begitu kuat jiwa pejuang-pejuang yang sanggup lakukan apa sahaja demi
Islam dan ingin mengetahui apakah yang berlaku kepada PALESTINE?.
Bacalah novel “Gadis Kecil di Pinggi Kota” sampai habisnya. Hehe
inilah novelnya:
Novel ini buat aku rasa tenang
2 comments:
tajuknya pun dah rasa tenang...
Mula2 baca tajuk Kak Lya heran jugak apa masuk PINGGI tu ?? Oh rupanya Ayie lupa letak R kat belakang ...PINGGIR rupanya ......Boleh baca ni..nampak macam menarik jer ,..
Post a Comment