May 26, 2011

adakah kamu menyangka akan masuk syurga ?

assalamualikum semua..

alhamdulilah ada masa lagi untuk mencoret sesuatu dekat blog ini dan bermesra dengan sahabat-sahabt semua. kuikui sebenarnya kejap lagi ayie nak kena pergi bandar dan cari barang kelengkapan untuk alat jahitan umi. umi nak siapkan baju. kadang-kadang aku terfikir, ya Allah bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja yang penting dapat mebesarkan anak-anak mereka. 

okay selesai sudah entry sahdyu, sekarang masanya untuk ayie kembali kepada tajuk entry. sekarang ini dan macam-macam masalah berlakukan kt dunia ini secara terang mahupun silent. selain itu, tanda-tanda kiamat kecik juga sudah mula banyak yang berlaku masa sekarang ini. okaylah sebelum itu layan dahulu ayat ini ya.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 

(Surah Al-Baqarah, ayat 214)
daripada ayat itu sudah pasti sahabat semua fhamkan apa yang ayie nak sampaikan. oleh itu, apabila kita ditimpa musibah @pon dugaan kita kena tabah dan redha sebab ini menunjukkan yang Allah sayang dekat setiap hambanya. dugaan ini ad bermacam bentuk, antaranya:
  • Allah bagi kesenangan yang melimpah ruah dekat seseorang itu.
  • Allah bagi kesusahan dekat seseorang itu.
  • Allah bagi kesakitan kepada seseorang itu.
itu adalah antara dugaan daripada Allah. tidak kira orang miskin mahupun kaya pasti ad dugaannya. jadi kita hendaklah selalu ingt kepadanya selain kita perlu ingat akan kematian kerana kematian juga akan menginsafkan kita.

p/s: walau apapun yang berlaku, semua ketuntuan Allah.bila-bila sahaja Allah boleh mwngubah nasib seseorang itu.

18 comments:

man yusoef said...

Alhamdulillah...btol tu..Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya sebab Dia sayangkan hamba-Nya dan tak mau hamba-Nya melupakan-Nya

Firdaus Life said...

beringat dan bersabar bila ditimpa dugaan. bersyukur apabila dikurniakan nikmat... insyaAllah akan sentiasa ingat pesanan ini

CintaZulaikha said...

betol tuh...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

allah sentiasa menguji umat manusia dengan dugaan supaya kita dapat menambah keimanan kita... btw.. setiap umat islam telah dijanji kan syurga walaupun sejahat mane die pon.. orang kafir telah dijanjikan neraka walaupun sebaik2 mane pon die :)

Puteri Iqa Izyan said...

hm. ramai yang leka sekarang ni.
termasuk la sy sndri =)

hidup ni mcm roda. kejap atas, kejap bawah. bila kita senang, kita lupa Allah. bila kita susah, baru kita igt kat Allah.

semoga kita sama2 menginsafi~

Aisyah Aina said...

wahhh! nak nangis baca ni :')

Unknown said...

tanda2 dah ada..kiter cuma mennunggu masa jer

Abu Bagi said...

besabar..

senyumSOYA said...

dugaan..kena hadapi.. insyaALLAH ada hikmah..(^^!

adwafarahin said...

dugaan mmg akan dtg
tp klu slalu igt Allah insyaAllah Allah tlg n permudahkan urusan kita
:)

RHI said...

dugaan dan ujian dei berikan untuk melihat sejauh mana dan seteguh mana iman kita

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya yang beriman. ^^

rafina mimi abdullah said...

inginkan keimanan setebal kulit durian tp masih lagi senipis kulit bawang..sentiasa perbaiki diri demi memelihara darjat keimanan supaya sentiasa teguh ke jalan yg di redhaiNya..amin..

Unknown said...

betol2..dgn ujian dari Allah bole matang kan diri :)

syuxer said...

tq akan pesanan ini ayie...:)..semoga kita redha bila ditimpa pelbagai musibah..:)

ILA HonEyBuNNy said...

tersedar bila baca entry neh...

thanks...;-)

adan said...

semuanya atas ketentuanNYA.. teringat buku La Tahzan.. walau macam mana dugaan yg dihadapi,, Jangan bersedih kerana ALLAH bersama kita..

Anonymous said...

sgt la betul :(

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014