May 2, 2011

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari ??

assalamualaikum semua..

apa khabar semua shbat. sowi ah dah dua ary ayie tak dapat nak update blog. bukan tak xad mase cuma mlas jer nak update. lala biaselah sekarang kan UPSI dan bis exam dan semua orang dah mula blik umah termasuklah ayie nie. haha dah sampai rumah. alhamdulilah sampai juga rumah. nak tahu tak sape ambik ayie. parents lah yang ambik ayie. sape lagi. (btw, ayie bukan manje okay). indahnya kan apabila 4bulan tidak kembali kerumah dan akhirnya dapat juga balik rumah dan hirup udara kg. masyukkk..

macam biase dok tengah rajin depan laptop ni disamping ad line internet tpy mcm  siput, boleh lah ayie update blog nie. okay, malam nie ayie nak cerita tentang sesutu nie. sesuatu yang sangt berguna untuk shbat semua. macam tajuk entry kat atas tu, bayangkanlah apa yang terjadi esok?? kalau korang nak tahu pa yang terjadi dalam kisah nie. jom sama-sama kita hayati ya. moga-moga dapat memfaat bersama. incya-Allah.

sebelum itu cuba hayati tajuk cerita ini dulu:

TATAPAN PENUH CINTA !!

PERNAHKAH anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa
dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur, tak akan nampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.
Lihatlah ibu anda
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika mengingati itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .

---------------------------------------------------------------

apa perasaan shbat semua. credit tu shbat-shbat ayie dekat FACEBOOK yang  share pasal cerita itu. bile ayie tengok balik muka-muka family ayie, ya-Allah rase diri ini sungguh berdosa dan nekad untuk menolong keluarga ayie apabila ayie berjaya kelak. tanpa mereka sekarang sudah pasti ayie tidak berjaya seperti sekarang.

moral of the story: sayangilah ahli keluarga kamu selagi mereka masih ad disisi kamu. jangan pernah sia-siakan mereka mahupun menguriskan hati mereka kerana kita tetap masih dalam satu keluarga seperti ad pepatah mengatakan, "air yang dicincang tidak akan putus".

okaylah shbat semua. sudah mase untuk blogwalking (internet lembab plak). jumpa dilain entry.

19 comments:

Far8 budak baik said...

waaaa..nnti aku nk tatap parent aku tido lahhh..kalau org bengis pun nmpk ayu je time tido...
nk try ar..buat senyap2 hehe

Diyanieee said...

dah penah cuba..
kalu wat mcm tu, mmg asa~
sedih sgt2.. huhu..
tk blh bygkan kalu saat tu, adalah saat terakhr bsama dorg, tp syukur sbb masi d beri pluang utk bernafas shgga ke hari ini :)

Jahirah said...

tak rajin nak buat...kdg2 je...

Nilam suhana said...

YA LA.. KALO MUKA MASA TDO SANGAT X BERSALAH... SAYA PERNAH MARAH ANAK BUAH.. TAPI BILA TENGOK MUKA DIA AMSA TDO.. SAYA YG MENANGIS... YA ALLAH MACAMNALAH SAYA BLEH MARAH BUDAK YANG MASIH KECIL NIH...
NALURI PEREMPUAN WALU BELUM BERGELAR IBU TAPI SANGAT SENSITIF UNTUK ANAK KECILKAN??? HAHAHAH... BEST LA ENTRI AYIE NIH...

IMANSHAH said...

erm ayah dah takde, jarang berpeluang tengok dia

IMANSHAH said...

jemput join contst

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

Mohd Hazwan said...

betul bila kita tengok ayah dalam kepenatan lepas kerja, rasa sedih je.. betapa hardwork ny beliau keje sampai dari pagi sampai petang dari tahun 1990 dulu sampai skrg....

rafina mimi abdullah said...

sangat2 best entri ayie yg ni..ehemmm suka tgok muka suami kalau dia sedang tidur..bila tgok lama2 rasa kesian pun ada..nampak mcm keletihan..kadang2 nampak mcm muka budak2 pun ado..hihi :)

snow queen said...

selamat bercuti azrin...:)..entry yg bagus untuk peringatan diri ini..

Unknown said...

budak baik:

haha, baru thu ker?? try ah bt, syok kot..

Unknown said...

miszy dian:

herm, bestkan dpt bt mcm tu, indah sungguh bukan..hehe

Unknown said...

cik ainsha:

trylah bt, best to..

Unknown said...

nilam suhana othman:

thnkx bce entry ayie.huhu

Unknown said...

imanshah:

aBG sowi kalo mengurus hati abg,,hu xbermaksud pon.. incya-Allah nty ayie join contest tu..

Unknown said...

hazwan17:

itulah kekuatan seorng ayah yang sanggup bt apa sjer demi anakmya..

Unknown said...

mrs yie:

terima kasih akak sebb bace..huhu

Unknown said...

erika nuris:

thnkx you kerana membaca...

CintaZulaikha said...

memang betoi kata org..melihat wajah yg tersayang akan buat kita berasa gembira, biarpon semasa tido.

sebab tu la bila 2 pasangan yg ada anak, yg cuba untuk putuskan hubungan. mak bapak depa musti akan nasehat dan bagitau

"cu tgk muka anak ampa time anak ampa tido, sampai ati ka ampa nak buat anak ampa tak ada mak ngn abah"

sedey kan..sb tu kita kna slalu melihat wajah yg tersayang, dan kenangkan prkara yg baik2..agar keharmonian rumahtangga terus berkekalan..huhu~~

Unknown said...

cinta zulaika:

betol tu apa yang kamu katekan.. seratus peratus setuju..lala

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014