July 26, 2011

pemikiran yang sempit !!

السلام عليكم

apa perasaan korang semua apabila difitnah oleh darah sendiri. maksud darah sendiri adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri. adakah korang malu jika ada salah seorang dalam ahli keluarga korang itu miskin ataupun kaya and son on. kenapa semua itu berlaku? ayie rase nowadays, macam kurang sahaja sifat antara ahli keluarga itu wujud.

firstly, bukan ayie mahu menuding jari kepada sesiapa and entry ini adalah bersifat universal. ayie dapat singkap sesuatu daripada pemikiran orang sekarang ini. kenapa susah nak tengok saudara sendiri berjaya? ada sahaja yang menyebabkan korang dengki sehingga boleh menyebabkan orang yang korang dengki itu lemah tidak bermaya.

second, kenapa perlu merasa diri itu hebat sehingga sanggup untuk mencaci maki mahupun menceritakan perkara yang diluar jangkaan tentang saudara sendiri. bukankah kamu juga yang akan dapat malu sebab menceritakan perihal saudara sendiri (kira macam membuka pekung didada). bukankah itu juga telah mengaibkan si pencerita.

bagi ayie, kita sesama saudara perlulah ignore perasaan hasad dengki ini untuk kebaikan bersama. actually,memang puas korang dapat menganayai sahabat sendiri tetap ingatlah bahawa apa yang korang akan dapat selepas korang melakukan perbuatan tersebut. masing-masing ada fikiran, boleh fikir sendiri.

jadi manusia yang bertamadun bukan manusia yang hanya fikirkan akan kepentingan sendiri. tidak salah untuk membantu sahabat sendiri and sama-sama berjaya kerana yang berjaya nanti kamu juga bukan. thinnk positive and buang segala yang negatif untuk kebahagian bersama.
‎" Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingati (menyebut)-Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatinya "(Ar-Rabi'bin Anas)

24 comments:

PinKy MoMMa said...

kadang2 kawan lebih baik dari sedara..bukan nak kutuk tapi itu realiti skarang kan dik..

sedih bila benda ni terjadi..
mohon dijauhkan..

peNulis SeNjA said...

hahaha fitnah la pulak

RHI said...

dikianati dan difitnah oleh orang lain pun kita dah cukup terasa, ini apatah lagi oleh darah daging sendiri

Kak Amy said...

amy setuju dengan apa yang di katakan oleh yatie.. memang x boleh terima ow kalau darah daging kita sendiri yang mengkhianati dan menfitnah kita...

K said...

betul, buat baik la selalu..

azwa amani said...

betul tu ayie, awin pun dah pernah kena dengan sepupu sendiri, sampai lah la ni, ade jer yg dia tak puas hati dengan apa yg awin ada.......macam2 lah perangai manusia ni

Azwa Mohamad said...

lebih berani share rahsia dengan kawan2 daripada family sendiri... huhu (^__^)V

Kakzakie Purvit said...

Saudara pun manusia biasa. Cuma ada waktunya kita akan diuji tanpa kita sedari ianya dtg dari insan yg dikatakan saudara...

Unknown said...

biasalah manusia..tak boleh tengok kelebihan lebih pada diri dia hmm

Nonie said...

hasad dengki n tamak blh meruntuhkan institusi persaudaraan itu sndri....

Unknown said...

org skrg ta dpt nk jangka perangai macam mane..ermm

ILA HonEyBuNNy said...

adehh..minta di jauhkan la semua neh..

kalau kita berfikiran sempit..kelak kita jugak binasa...

ila xsuka kata dekat org..sbb kena jugak cermin diri sendiri dlu kan..

jauhilah bersifat hasad dengki.y tidak mendtgkn apa2 faedah pun...

Unknown said...

tak baik la penting kan diri sendiri sampai nak aniaya orang..
kalau orang buat jahat dengan kita kita pun tak suka..kan..
jadi jaga la hubungan sesama kita..
itu kan lebih baik...

semutsengal said...

bagi aku, fmily ofkos 1st sekalii,

then baru kengkawan..AHAHHAHAHA

Wanie said...

payah kalau ade orang asyik nak dengki ngan kite..biar diorang dpat balasan nanti..yang penting kite jangan balas balik ape yg diorang buat tu..

NasQ said...

ntah la...sedangkan lidah pun tergigit... air yang dicincang tak akan putus...

Aida Tamrim said...

Biasalah tu dik .. Manusia ni kan kalau hati tak dijaga akan penuh dengan hasad dengki .. Lebih2 lagi dgn saudara mara sendiri .. Lagi la suka si setan2 tu mengapi2kan dan bersorak .. Heh ..

Ezad Skytech said...

tak baik ada PHD ni..perasaan hasad dengki...susah nak ramal perangai manusia ni mcm mane skrg ni..

Unknown said...

Subhanallah..............
tak suka bila ada yang mengata dan suka hasad dengki

ayie, kalau kamu nak tau..
setiap pagi kak doakan dan beri motovasi pd pekerja..

semua kena satukan hati..
jgn hasad dengki sesama kami

Rohaizam Rosli said...

ish3... xbaek la bersifat cmtu kan ayie kan... xbaek hasad dengki kat org laen tmbh2 plak org yg rapat cm saudara mara family kwn2 rapat... aiyooo ~~~~

adan said...

aku paling tak suka orang cakap belakang2.. wlupun keluarga sendiri.. bila jumpa orang mcm tu,aku akan dengarkan je.. tp dalam hati.. hanya tuhan yg tahu..

IMANSHAH said...

ditelan mati emak diluah mati bapak

jannsheffie said...

sifat dengki tu selalu ade dalam kalangan manusia..susah nak buang walaupun diorang tau sifat tu bukannye bagi keuntungan pun kat sape2 :)

Anonymous said...

This is my personal view only bro. Pada pendapat ali, orang yang berfikiran sempit itu disebabkan hati mereka yg tidak bersih. mungkin ada hasad. hasad itu telah menutup segala yg waras dalam pemikiran mereka yg rasional. ali byk kali dah ngadap benda2 macam nie. :)

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014