December 15, 2010

cover your aurat campaign | show your support

klik banner untuk mengetahui lebih lanjut 

 Assalamualaikum semua ..


sudah menjelang pagi rupanya, maaf buat sahabat ayie sekalian kerana tidak dapat menyajikan apa-apa entry untuk kamu tadi malam . sebnarnya ada cuma tidak sempat sebab ayie ke hotel istana untuk pergi berjumpa YB DATO' HISHAMUDIN . buat apa pergi jumpa ? ada meeting penting sikit . hoho


okaylah, kita tinggalkan meeting tu, nati ayie tulis dekat entry yang lain . pagi nie ayie nak join satu campaign mengenai cover your aurat campaign . kalao nak tahu lebih lanjut, korang boleh sahaja klik banner dekat atas tu, sebab ayie dah link kan terus ke blog tuannya iaitu the pot pet king .


okaylah daripada ayie membebel panjang lagi, lebih baik ayie beri pandangan mengenai kempen nie . jom teman ayie baca sama-sama . kita mulakan dengan umul kitab al-Fatihah .


bismillahhirohmanirrohim ..




maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)




pandangan ayie:



daripada ayat al-Quran tersebut kita sudah dapat lihat bahawa pentingnya kita nie sebagai cucu adam untuk menutup aurat . kita sebagai seorang muslimin dan muslimat haruslah kembali ke pangkal jalan dan mengikut syariat islam yang sebenar . memang ayie tidak boleh menafikan bahawa aurat tu hak masing-masingkan dan apabila kita menegur mereka, ini yang akan mereka perkatakan, "suka akulah nak buat macam mana . aku yang tanggung dosakan bukan engkau ". 

sebenarnya kita yang melihat ni pun akan terkena tempiasnya apabila melihat aurat mereka . dalam keadaan kita berada di akhir zaman nie, rasa elok setiap muslimin dan muslimat menjaga aurat mereka dan jadi diri sendiri seperti orang timur dan jangan terpengaruh sangat dengan identiti barat . 


selain itu, tiada faedah pun jika kita menunjukkan aurat kita kepada bukan mahram kita, tidak pasal-pasal kamu yang menunjukkan aurat akan di perli mereka seperti ayat, "tidak cukup kain ker? nak tolong saya belikan kain ker tampal dekat baju tu ...". segelintir insan yang sedar pasti akan berkata begitu tetapi ada juga sebaliknya seperti, "wow, pagi tadi aku tengok tayangan free aw, dia tayang aurat depan aku tu ". pelbagai ragam lagi kita akan dapat lihat .


selain itu, menutup aurat ni penting bagi seorang muslimah sebagaimana firman Allah yang berbunyi:


Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.  (Surah An Nur : Ayat 31)


sesungguhnya, amaran keras Allah berikan kepada setiap muslimah untuk menutup aurat mereka . wajib bagi mereka untuk menutup aurat mereka . ini untuk menjaga kesucian mereka sebagai seorang muslimah . incya-Allah .. akhir kalam, selagi kita menjaga aurat kita, incya-Allah kita akan mendapat pahala . lillahitaala ..

itu sahajalah pandangan ayie tentang aurat , segala kesalahan perkongsiaan ilmu boleh diutarakan kepada ayie supaya ayie dapat perbaiki . sekarang ayie nak tag kepada sahabat ayie . incya-Allah mereka juga akan turut serta dalam kempen ni . mereka adalah .


kalau ada sahabat-sahabat yang lain nak join campaign ni pun boleh . klik sahaja banner dekat atas tu .

maal salaamh . salam ukhwah .

16 comments:

nur intan hazirah said...

sy pun join....cuba berdakwah cara begini....:) cuma anda punya entri lebih padat dan sy hanya sekadar biasa....nice job....

azrinrahim said...

nur intan hazirah:

sama sahaja .. incya-Allah kita sama2 berdakwah .. untuk umat akhir zaman

Mata Hati said...

kempen yang baik ni.. jarang orang nak buat kempen mcm ni

azrinrahim said...

mata hati :

memang sangt baik untuk campaign nie ..kalo mata hati nak join pun boleh jga

immukmin said...

insyaAllah..akan terkeluar entri ..in..

azrinrahim said...

immukminin:

ayie pasti kamu akn join campaign ni .. ayie nantikan entry daripada kamu .incya-Allah ..

Nurul Wahida said...

tq azrin..selamat berdakwah...

azrinrahim said...

kak wahida:

terima kasih for the suppotr ..

azwa_amani said...

teng ayie tag awin...sgt teruja nak menjawab.. :)

azrinrahim said...

azwa-amani:

teruja ya . tinggal kamu sahaja yang belum jawab tag ni, tinta hati dan nafsu serakah sudah menjawab tag tersebut .. hehe ayie nantikan entry kamu ..

Muslimah Optimis said...

salam.. amboi ayie, dia kata kat kita entry panjang dia pun apa kurangnya siap ada ayat quran lagi..

apa-apapun nice entry dik.. semoga mendapat barokah bersama..


rajin-rajin singgah laman MO ya..tq

azrinrahim said...

to muslimah optimis:

terima kasih kak, incya-Allah mendapat barakah .. biasa2 sahaja entry adik kak ..

asyfiqaz said...

thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

perkongsian yang bernas dengan isi yang simple tapi padat.

*tapi colour biru font tu susah sikit nak baca..hehe

azrinrahim said...

asyfiqaz:

nie ad sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..

Rihaz said...

Da join gaks... same2 la show supports kay,,,

azrinrahim said...

rihaz:

sama2 lh kiyta support yer

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014