December 11, 2010

solat dan wuduk ??

Dalam menyusuri dingin indah yang dipukul angin .

Indahnya malam dengan bintang-bintang berkelipan dan cahaya bulan yang mula menyinari .

Malam nie ana nak kongsi cerita tentang tok imam dan 3 orang budak kampong . baca cerita ni sampai habis tau .

jom kita mula terjah membaca cerita :

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqomat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknya si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung ..

daripada cerita diatas ada maksud yang tersirat nak disampaikan .

1. Solat berjemaah banyak pahala yang diperolehi daripada solat sendirian.

Sebagaimana ada Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith        riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Wuduk penting dalam solat .

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Muslim Taghlabi r.a katanya,
'Saya menemui Hazrat Abu Umamah r.a semasa beliau berada di dalam masjid. Saya bertanya kepadanya, 'Wahai Abu Umamah, sesungguhnya seorang lelaki telah memberitahu kepada saya bahawa tuan telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk yang sempurna, membasuh kedua-dua tangannya dan mukanya serta menyapu kepala dan kedua-dua telinganya. Kemudian dia mendirikan slat fardhu maka Allat S.W.T akan mengampunkan segala dosa- dosanya yang telah dilakukan oleh kedua-dua kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, kedua-dua tangannya yang digunakan untuk berbuat maksiat, kedua-dua telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, kedua-dua matanya yang melihat maksiat dan maksiat yang dilakukan oleh hatinya pada hari itu."
Hazrat Abu Umamah R.A menjawab, 'Demi Allah, saya telah mendengar sabdaan ini berkali-kali daripada Rasulullah S.A.W.' (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Sekian dahulu entry daripada ana .. harap sekalian cerita dan hadis yang di utarakan member manfaat bersama . jumpa dilain entry dengan kisah yang lain .

Maal salamah .

No comments:

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014