December 28, 2010

jadilah yang disukai, disayangi dan dicintai !

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah, sekarang bumi KHAR sedang dibasahi dengan hujan . hujan merupakan rahmat Allah jugakan . kita kenalah bersyukur dengan rahmat Allah nie . ayie seronok sikitlah, walaupun tengah demam-demam nie sahabat ajak terun kebawah dan main hujan kejap . hehe best juga main hujan . terima kasih kepada yang benar, shamim, sidi, faez, khuldi dan mustaqim . you'll make me happy today . 


apcal terlebih riang nie , tak pernah main hujan ker ? hehe


bukan tak pernah main hujanlah, just enjoy sahaja dengan mereka nie . yelah, lepas main hujan, diorang dah basah-basah peg kesel dekat baju ayie nie . tahulah ayie deman, nak bagi demam lagi agaknya . hehe sebelum mandi tu, nak update sikit blog pasal sesuatu . korang nak tahu ker ?


ayie, tak perlu nak bagi orang suspens okay ? cerita sahajalah .


sabarlah, nak ceritalah nie . hehe okay ayie nak cerita tentang .. jen3x


JADILAH YANG DISUKAI, DISANYANGI DAN DICINTAI !

okaylah, sebelum nak cerita tu, ayie nak bagi tahu yang ayie dapat cerita nie daripada seorang sahabat ayie yang suruh share . incya-Allah dapat memberi manfaat bersama . bukan mahu copy paste, tapi adlah untuk perkongsian bersama . incya-Allah .

jom kita hayati bersama :

Tentu kita akan rasa gembira, seronok dan paling penting rasa dihargai apabila kita tahu bahawa ada seseorang menyukai dan menyayangi kita.

Perasaan kita rasa berbunga-bunga.Dan timbul sedikit rasa bangga. 
Bayangkan, kehadiran kita disenangi, dan orang lain merasai kehadiran kita. Kewujudan kita dihargai dan kita benar-benar rasa selesa dengan suasana sebegitu.



Itu fitrah dan naluri insan. Perasaan ini harus kita lorongkan ia pada suluhan syara’ yang sahih. InsyaAllah.

Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, apatah lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menelefon atau mengantar SMS kepada anda.

Tiada yang sudi, meluahkan perasaan kepada kita
Tiada kiriman khabar menanyakan kita
Tiada pemberian hadiah di hari kegembiraan kita
Tiada teman berbicara di saat kelapangan
Tiada suasana ceria dan mengembirakan
Tiada insan yang selalu bertanya khabar
Tiada siapa,

Tiada dan tiada

Hidup tanpa kasih sayang

Hidup benar-benar sunyi, kesepian dan kita hidup bersendirian. Tiada teman berbicara dan bertukar-tukar perasaan. Dan, soal ini – saya ingin mengajak – untuk kita membina dan meluaskan empayar perkenalan, persaudaraan dan persahabatan.

Langkah yang paling utama untuk menjayakan – ialah kita perlu menyemai sifat untuk menyukai orang lain. Dan erti kata mudah kita perlu belajar untuk menyayangi semua orang disekitar kita.

Orang yang banyak memiliki sifat sayang dalam dirinya akan menarik orang agar sayang kepadanya. Semua orang – tidak kira muda, tua, lelaki, perempuan, orang besar, orang kecil- perlu disayangi dan dihargai, agar kita mudah dihormati.

Sifat kasih sayang adalah sifat yang sangat baik dan sangat-sangat dianjurkan dalam Islam. Islam adalah agama kasih sayang. Malah, Allah SWT mengiktiraf bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”(Riwayat Muslim)

Hati kita adalah milik Allah SWT. Yang memberikan kasih sayang ini adalah Allah SWT. Kita sama-sama berusaha untuk mewujudkan perasaan ini dikalangan kita. Dengan usaha, doa dan munajat kepadaNya, insyaAllah kita akan disukai, disayangi, dihargai, dihormati dan dicintai.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

(1)Apabila berbicara, lahirkan ia dengan tutur kata yang sopan, manis dan tiada sifat kepura-puraan.

(2)Sentiasa tersenyum, dan cuba menjadikan senyuman yang menyenangkan itu sebagai imej kita.

(3)Berusaha untu menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan pembalasan.

(4)Menghindari sifat mementingkan diri sendiri. Mengutamakan kepentingan khalayak ramai.

(5)Menjaga aib orang dengan merahsiakannya. Sekiranya kita menjaganya, Allah akan memelihara aib kita.

(6)Selalulah memberikan hadiah penghargaan kepada individu yang dikenali walaupun hadiah itu murah dan simple. Yang penting adalah nilai penghargaan kepada insan.

(7) Berikan pujian, galakan dan penghargaan kepada orang lain dengan keikhlasan dan kejujuran.

(8)Membalas hadiah yang diberikan oleh sahabat dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.

(9) Selalu membelanja sahabat, kawan dan kenalan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.

(10) Sentiasa perbaharui niat persahabatan, perkenalan, dan persaudaraan kerana Allah SWT.

(11)Sentiasa bersihkan hati dengan amalan soleh seperti memelihara solat, membaca Al-Quran, dan sebagainya. Hati yang bersih, akan dicambak kasih sayang di dalam hati manusia lain untuk mengasihinya.

sahabat semua sudah bacakan, so, sekarang sahabat mahu melakukan apa ? bagi ayie, jom kita berkenalan, bersaudara, berukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah.

p/s: bermula dengan suka, perasaan kasih dan sayang akan tersemai kukuh di hati. Dari sinilah, perasaan cinta sesama insan akan melebar di kalangan manusia di sekitar kita. Saya yakin, dengan perasaan inilah kita akan menjadi kuat dan terus hidup dengan suasana yang harmoni, aman dan tenteram di dunia ini.

okaylah sahabat, jumpa di lain entry, dan malam nie ayie akan berhijrah ke blog sahabat semua pula ya . ukhwah fillah 

14 comments:

EzuWan Ilias said...

salam kenal..

Mr.eiz sudah follow..

Prof Rashidi said...

hahaha...main hujan...bes kan ayie??hahahahak

azrinrahim said...

ezuan illiyas:

thankx follow..

azrinrahim said...

prof rashidi:

memang best main hujan kali nie..haha

nur intan hazirah said...

kadang kita tertanya kenapa mereka menjauhkan diri pada kita tanpa kita sedar kitalah sebenarnya yang memencilkan diri...kadang kita terasa menagapa kita dibenci tanpa kita sedar rupernya kita yang menyendiri....sebelum lihat org lihat diri dulu :D

azwa_amani said...

ooooohh..korg men hujan ea tadi..

azrinrahim said...

nur hazirah:

thakx untuk peringtn itu ya..hehe

azrinrahim said...

azwa_amani:

mestilah main hujan loh..best kot..wakakak

Freaky said...

hujan sangat best... hehe.. terima kasih diatas info tu

DanieL AdiE said...

sesungguhnye,susah nak wat org suke kite...
personaliti itu penting..


Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/aku-lapar.html

azrinrahim said...

fraky:

sama-sama..hujan memang best pon.. hehe

azrinrahim said...

daniel adie:

mungkin juga personaliti penting tapi kita kena juga kena ad adab..stkt personaliti shja .. orng xakan pntg .. kdng-kdng ad orng kwan hanya kerana personaliti ..

ChentaHati Shira said...

suke entry ni :)

azrinrahim said...

chentahati sira:

biasa-biasa shja entry nie..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014