December 1, 2010

seorang mualaf berjiwa masyarakat

sebelum ana masuk mood kenegaraan dan wacana buat akhir kalinya .
ana nak kongs sekidit mengenai seorang mualaf .
pasti korang semua terkejutkan dengan akang dia lakukan walaupun baru sahaja memaeluk islam .
erm, ana juga insan yang berjiwa macam beliau sedangkan beliau baru sahaja memeluk islam .
nak tahu apa yang belau lakukan .

jom mari sama-sama kita terjah :

kamu semua tahu tempat ni dekat mana .
ana pun tak tahu cuma tahu tempat ni dekat kajang sahaja .
hehe

kalau semua nak tahu ini lah aktvit yang telah dilakukan oleh mualaf tersebut .
belau telah mengwujudkan sebuah rumah orang tua .
sungguh muliakan hati seorang mualaf ni .

okaylah, ana tak mahu banyak berceloteh, jom kita sama-sam dengar erita ni .

perhatian kepada semua, bagi memberkati majlis berjalan dengan lancar . para hadiri sekalian diminta untuk memantikan handset ataupun meletakkan dalam mood silent .
terima kasih .

jom kita terjah cerita muaalf tersebut :

Baru Setahun Memeluk Islam
Abdullah Noel dan isteri, Siti Nor Aini, pengasas pusat tersebut menyambut mesra ketibaan kami. Abdullah peramah dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. "Saya dan isteri sejak dulu suka dengan orang-orang tua," ujar beliau membuka cerita. "Pada kami, orang-orang tua amat istimewa. Malah, arwah datuk dan nenek saya dan isteri, kamilah yang menjaga apabila mereka uzur sehingga mereka meninggal dunia."
Kami anak-beranak terkejut besar bila diberitau beliau sekeluarga baru setahun lebih memeluk Islam. "Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk hidup sebagai seorang Muslim," kata Abdullah yang dahulunya beragama Kristian. Isterinya Siti Nor Aini pula bekas penganut Hindu. Bapa Abdullah bercerai dengan ibunya, memeluk Islam serta berkahwin dengan seorang wanita Islam lebih sepuluh tahun lalu. Kehidupan baru bapanya yang nampak tenang mempengaruhinya untuk berjinak dengan Islam.
Yakinkan Isteri Peluk Islam
Namun beliau diberitahu perlu meninggalkan anak dan isteri jika memilih Islam sebagai cara hidupnya. Abdullah tidak tergamak berbuat demikian. Puas dia memerah otak memikirkan bagaimana caranya untuk meyakinkan keluarganya bahawa Islamlah satu-satunya jalan yang benar.
"Suatu hari saya bawa isteri dan anak–anak perempuan saya ke masjid," cerita Abdullah.
"Saya minta mereka duduk di pintu besar untuk beberapa lama. Saya katakan, 'Jika ada orang pandang, senyum dan buat biasa sahaja.' Saya minta mereka perhatikan gelagat orang yang datang ke masjid. Kemudian saya bawa mereka pulang. Begitulah saya lakukan selama beberapa minggu. Saya bawa mereka berulang-alik dari sebuah masjid ke masjid yang lain. Setiap kali pulang, saya akan bertanya 'Ada tak orang kacau kamu? Ada lelaki mengurat kamu? Setiap kali jawapannya 'Tiada'. Saya katakan 'Orang yang datang solat ke masjid ini orang baik-baik. Kalau ada yang mengacau dan mengurat kamu, itu bukan Muslim sebenar. Hanya Muslim pada nama sahaja. Melayu dan Muslim tidak sama. Melayu itu bangsa. Muslim itu orang yang membaca dan menghayati Al Quran serta menjadikannya sebagai pedoman hidup. Orang Muslim tulen benar-benar baik akhlaqnya."
Berkat kesabaran dan doa yang tiada henti, akhirnya isteri dan keempat-empat anaknya terbuka hati memeluk Islam.
Anak Teruna Salin Lampin
Penghuni pusat jagaan ini kesemuanya lelaki. Kakitangan tidak mencukupi. Anak Abdullah yang sulung, Ibrahim (18 tahun) merupakan penyalin lampin pakai buang bagi penghuni yang terlantar di katil masing-masing. Bila ditanya mengapa dia sanggup berbuat demikian, Ibrahim menjawab ringkas, "Ini amal jariah."
Saya tertanya-tanya: Berapa ramaikah remaja seusianya yang sanggup menghadapi bau kurang enak membuang najis orang-orang tua yang lemah dan tidak berdaya?
Sebelum beredar, kami bersalaman dengan orang-orang tua yang katilnya terpaksa diletakkan di anjung pusat jagaan tersebut. Sudut ini hanya beratap tetapi tiada berdinding. Jadi untuk berteduh dari hujan dan embun di tengah malam, Abdullah merentangkan plastik sebagai "dinding"nya. Hasratnya untuk membina dinding yang sempurna belum kesampaian kerana bajet belum mencukupi.
Sebak Mendengar Cerita
Tambah sebak saya sekeluarga apabila mendengar cerita bagaimana Abdullah biasanya akan mencari waris penghuni-penghuni yang dihantar oleh hospital kerajaan ke tempat ini. Biasanya beliau akan menentukan sebab mengapa waris tidak mahu menerima orang tua tersebut. "Setiap orang ada sebab yang unik," jelas Abdullah. "Kami hanya menerima orang tua yang benar-benar uzur."
Hilang Sahabat, Sanak-Saudara
Hanya beberapa jam bersama Abdullah dan keluarga menginsafkan kami erti pengorbanan.
Pertama: Sebaik sahaja berita keIslaman Abdullah tersebar, sahabat handai dan sanak saudaranya serentak memulaukan beliau dan keluarga. Tetapi bagi Abdullah tiada lagi sebab untuk dia menunggu. Beliau maklum usianya mungkin tidak panjang. Bagaimana mungkin menemui ajal bergelar bukan Islam?
Kedua: Berkorban masa dan tenaga menjaga orang-orang tua yang tersisih dari keluarga. Tidak kenal letih menyediakan makanan dan keperluan. Sebahagian daripada perbelanjaan dihulurkan oleh waris penghuni. Manakala selebihnya dari belas ikhsan orang ramai. Perbelanjaan menjaga orang-orang tua yang uzur semestinya tinggi. Bukan setakat makan minum malahan lampin pakai buang perlu sentiasa ditukar ganti. Namun Abdullah dengan tenang menjawab, "Rezeki datangnya dari Allah."
Sepatah kata seorang anak saya: "Setengah orang tak pernah masuk TV, tak pernah dapat anugerah, tapi merekalah yang lebih banyak berkorban, bertungkus lumus berusaha, beramal jariah jauh lebih banyak berbanding kita."
Didik Anak Bersyukur, Jangan Mudah Lupa Diri
Ramai daripada kita tergolong dalam kalangan yang mewah hidupnya. Meskipun tidak tinggal di dalam banglo yang tersergam, biasanya ada rumah yang selesa, kereta sekurang-kurangnya dua buah. Kalau anak dua atau tiga orang, setiap seorang ada bilik sendiri. Ramai pula yang ada pembantu. Anak-anak lepas makan cuci tangan tinggalkan pinggan kotor di sinki untuk dibasuh pembantu. Kain baju dibasuh dan digosok siap untuk digunakan bila perlu.
Ada juga antara kita yang menggaji pemandu peribadi untuk menghantar anak ke sekolah dan ke mana sahaja bila perlu. Tidak salah anak-anak dibesarkan dengan kemewahan. Itu sudah rezeki mereka. Namun adakah mereka bersyukur dengan apa yang ada? Sifat manusia jika sudah terbiasa dengan kemewahan mungkin sukar untuk bersyukur.
Taraf kehidupan yang meningkat tinggi menjadikan anak-anak malahan kita sendiri mudah lupa diri. Mungkin dengan meluangkan masa membawa anak-anak menemui golongan terpinggir seperti orang-orang tua dapat menginsafkan kita. Membuatkan kita lebih bersyukur.
pernah tak terbayang jika suatu hari kelak ada diantara keluarga kita dihantar ketempat tersebut ?? pasti tidak dapat bayangkan . so, renung-renungkan dan selamat beramal. 
--------------------------------------------------------------------------
p/s: banyak kan pengajaran yang kita boleh perolehi . walaupun kita sejak dari lahir seorang yang islam, tetapi sedikit pun tidak terlintas untuk melakukan seperti yang yang dilakukan oleh saudara islam itu . sungguh insaf ana . so, apa lag tunggu jika ada masa kelapangan kita joinlah aktiviti kemasyarakan dan memberi bantuan apa yang perlu dan tidak sepertinya bantuan itu melalui wang semata-mata..

owkaylah ana sambung study dulu . ukhwah fillah .

1 comment:

CikPembunuhDiUdara said...

Assalamualaikum saudara,
Saya ingin bertanya sekiranya saudara ada nombor telefon untuk saya menghubungi pusat jagaan ini.
Pagi tadi saya dan ibu ke hospital sungai Buloh dan ibu saya telah menegur seorang lelaki Cina. Dia beritahu dia menghantar abangnya untuk pemeriksaan disebabkan abangnya sudah tidak sihat. YAng mengejtkan saya abangnya adalah seorang mualaf yang sudah memeluk agama Islam 20 tahun yg lepas. Namanya di IC juga sudah ditukar kepada nama Islam begitu juga agamanya di dlm IC. MAlangnya bapanya tu kini terpaksa si jaga di stor kayu milik adiknya itu krn isteri dan anaknya tidak suka sekiranya abangnya yg tidak sihat itu tinggal bersama. Saya sudah berjanji akan cuba membantu mencarikan tempat tinggal untuk abangnya itu. Semoga saudara juga sudi menolong dengan mencadangkan beberapa rumah jagaan orang tua yg bersesuaan. Sila hubungi saya di emmaishak@gmail.com atau terus hubungi saya di 013-2553084

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014