December 15, 2010

tawakal jalan akhir ..

Assalamualaikum semua ..

pagi-pagi begini indah jika diri ini disinari dengan nur .
nur yang tidak biasa diperolehi oleh insan lain .
nur apa ? apa ayie merepek pagi-pagi nie .
aishh, nie grenti sudah mamaikan , kejap ea nak tengok jap pukul berapa ?

ting tong

ting tong

ting tong

jam sudah menunjukkan pukul 4.07 am . apa ayie nak cerita ea pagi-pagi nie . jom mari kitaa lihat dahuu gambar ni . biarkan gambar sebagai pembuka bicara .


what the picture say ?
tawakal right . (speaking english lah plak )

okaylah, straight to the point, pagi ni ayie nak cerita pasal tawakal, sebelum tu mari kita baca sedikit potongan ayat saripada surah [Al-ahzab:3]


Maksudnya : Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.


dalam kita menjalan segalan urusan didunia ni, banyak cubaan dan halangan yang berlaku tidak kira susah mahupun senang tetapi apabila kita yakin dengan Allah dan tawakal dengan apa yang telah kita lakukan incya-Allah semuanya akan berjalan lancar . 

hari ni ayie nak bawakkan satu kisah mengenai kesabaran dan tawakalnya membawa kepada kejayaan . jom kita hayati bersama .

ada sebuah keluarga yang tinggal ditepi kamung . keluarga tersebut bolehlah dikatakan sederhana pendapatannya .bak kata orang, "kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang ". keluarga pak cu nie ad 2 orang anak . seorang lelaki dan seorang perempuan . kedua-dua anaknya ni pandai dalam pelajaran dan rajin mencari ilmu disamping mereka rajin melakukan ibadah kepada Allah serta tidak tinggal membaca al-Quran selepas solat .

terlupa pulak nak perkenalkan nama anak pakcu tu . baiklah ayie kenalkan ya .

anak lelaki pakcu bernama amir dan yang perempuan bernama nisah . umur mereka 15 tahun dan 12 tahun . kira pada tahun tu mereka berdua akan menghadapi peperiksaan terbesar buat kedua-dua mereka apabila amir akan menduduki PMR dan nisah menduduki UPSR . semakin sibuklah mereka mengulangkaji pelajaran kerana tahun tu mereka berdua akan menghadapi peperiksaan besar .

7 bulan berlalu . 

awal bulan september, nisah menghadapi peperiksaan UPSR dan nisah merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah untuk membawa nama sekolah setanding dengan sekolah-sekolah lain . 3 hari berlalu dan akhirnya nisah berjaya menghabiskan exam UPSR . nisah berasa gembira dan memberitahu akan ayahnya bahawa dia teringin ingin mamsuki sekolah berasrama penuh . apabila amir mendengar, amir juga menyampaikan hasrat tersebut kepada ayahnya yang ingin juga ke asrama penuh kerana semasa tingkatan 1 dia dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM terpaksa terbatal disebabkan kesempetan duit .

pak cu hanya mendengar dan berkata, " incya-Allah kalau ad rezeki lebih dan diizinkan Allah kamu berdua akan ayah hantar ke asrama penuh ". gembira mereka mendengar apa yang dikatakan ayahnya . seraya pakcu berkata lagi, "tapi kamu jangan lupa doakan sama Allah mintak petunjuk supaya ayahhmu ni dimurahkan rezeki, incya-Allah". anak-anak berkata, " baiklah lah ayah . incya-Allah kami doaakn ". 

selang sebulan selepas itu, amir menghadapai PMR dan amir juga merupakan antara pelajar cemerlang sekolah tersebut . seminggu berlalu dan exam pun tamat . sekarang masa untuk mereka menunggu result masing-masing . dalam menanti debaran menunggu result keluar, anak-anka pakcu semakin rajin menabahkan amalan mereka dan pak cu serta juga berusaha untuk mencari rezeki bagi menghantar anak mereka ke asrama .

tanpa disangka sesi persekolahan mula berakhir dan hari last sekolah adalah hari penentuan esult UPSR nisah . alhamdulilah nisah memperolehi 5A disamping menjadi pelajar terbaik negeri beliau . sungguh gembira pak cu mendengar berita tersebut dan melakukan sujud syukur . hati nisah mula teringin meninjakan kaki ke sek berasrama dan selalu bertanya kepada ayahnya sama ada dia boleh ke sekolah asrama ker ? . ayahnya hanya berkata, " incya-Allah ". 

dua bulan berlalu, dan semakin rajin pak cu mencari duit untuk anak-anak mereka disamping tidak putus-putus berdoa walaupun sedang bekerja supY dipermudahkan urusannya untuk meghantar anaknya ke sekolah berasrama . sekarang giliran amir untuk mengambil result . sehari sebelum result PMR keluar, amir telah di ajak oleh cikgu razik untuk ke kuala lumpur dan hanya memberitahu bahawa suruh menemaninya ke rumah sedara. cikgu razik ni memang baik dengan amir dan selalu menolong keluarga pak cu . walaupun amir menolak tetapi pak cu tetap menyuruh amir teman cikgu razik sedangkan esok amir akan menerima keputusan PMR . 

semasa di kuala lumpur, pagi-pagi lagi cikgu razik suruh amir memakai seragam sekolah yang diberikan olehnya untuk dipakai . tana diduga, sebenarnya amir telah bibawa ke KPM untuk menerima sijil sebagai pelajar terbaik PMR satu malaysia . amir mendapat keputusan 9A dan merupakan pelajar kedua terbaik satu malaysia . Allhu akhbar sungguh indah kebesaran Allah berikan kepada kedua beradik ni . dua-duanya berjaya . 

awal tahun bermula dan surat tawaran melanjutkan pelajran sampai di rumah, kedua-dua mereka diterima memasuki asrama penuh . dimana nisah dapat memasuki sekolah menegah sains MUAR dan amir dapat tawaran ke skolah menengah sains SEREMBAn . mereka sungguh gembira termasuk pakcu dan isteri seraya terus mereka berempat melakukan sujud syukur .

apabila malam menjelang, seperti biasa selepas solat isyak berjemaah pak cu akan mmeyampaikan sedikit tazkirah kepada anak-anak dan isterinya . malam itu, pak cu tidak menyampaikan tazkirah tetapi menyampaikan sesuatu mengenai pelajaran anaknya . pak cu berkata, " ayah tidak dapat menghantar kamu berdua ke sekolah bersama, cuma salah seorang sahaja ayah mampu hantar kamu berdua ke asrama . walaupun ayah telah berusaha bersungguh bersama ibu, ini sahajalah yang kami mampu ". berlinangan air mata pak cu semasa cakap . nisah dan amir hanya diam ssahaja tanpa berkata . "pikirlah diantara kamu siapa yang ingin pergi ke asama dan seorang tinggal dirumah bersama keluarga ". kata pakcu lagi .

semalam mereka memikirkan dan akhirnya mereka kepada ayahnya, " kami tidak mahu pergi ke asrama, kami mahu bersama ayah dan ibu ". berlinangan air mata pak cu selepas mendengar kata-kata anak mereka .
beberpa hari selepas itu cikgu razik datang kerumah mereka dan membawa khabar gembira . berkata cigu razik kepada pak cu dan isteri serta amir dan nisah . " amir dan nisah tidak perlu risau lagi untuk meyambung pelajaran ke asrama penuh kerana nama kamu berdua telah tersenarai untuk menerima biasiswa UTP" . kata cikgu razik . menangis kegembiraan mereka mendengar khabar itu seraya terus melakukan sujud syukur dan memeluk pak cu serta mak cu .


apa pandangan kalian mengenai cerita tersebut, disebabkan sifat tawakal menerima segala dugaan dan ujian Allah akhirnya nisah dan amir berjaya juga memasuki sekolah berasrama . ingatlah, setiap sesuatu yang telah kita lakukan kita hendaklah tawakal seperti selepas menjawab exam . kita hanya perlu tawakal dan berdoa kerana kita telah melakukan yang terbaik  . incya-Allah .


jum kita hayati kata-kata ni .


hayati dengan jiwa yang tenang .

begitu bnyak makna yang tersirat .

jadilah seperti kartun diatas ni .

sampai disini dahulu entry ayie, azan subuh sudah berkumandang .
cerita tersebut adalah rekaan sendiri, jika tidak menarik, maafkan ayie sebab tidak reti mereka cerita . yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan ayie sendiri . salam ukhwah .

19 comments:

Zara Affendi said...

Assalamualaikum and selamat pagi!

memandangkan result exam dah klua tapi sy belum cek, tapi xpelah, tawakal jer lah. hehe.. ^_^

azrinrahim said...

zara afendi:

waalaikumsalam .. kenapa tidak check lg..check sahaja lah result .. incya-Allah kamu dah berusaha berjaya sebab kamu dah berusaha ..

Zara Affendi said...

hehe. baru jek kluar result. InsyaAllah lulus. tq~ ^_^

azrinrahim said...

zara affendi:

good luck yer ..kan kamu bakal guru PJ .. hehe ayie hanya guru biasa sahaja ..

immukmin said...

insyaAllah..cerita...ini boleh mentarbiah diri kita...

azrinrahim said...

immukminin:

incya-Allah ..

azrinrahim said...

immukminin:

incya-Allah ..

Lelaki Ini said...

adeyh!
besh2!
insaf kejap..

azrinrahim said...

lelaki ini:

kejap jer insaf ?? ngeh3x

wa kaljis said...

Salam.. teringat citer ustaz masa sekolah dulu.. Tawakal jgn sampai takde usaha kan.. Ibarat bawak unta pastu tinggal tepi masjid tak ikat kununnya tawakal.. hehehe...

cik zaza said...

subhanallah..bsr mkna tawakal tu..

khairunnisa ♥ said...

:')

nur intan hazirah said...

semoga allah mempermudahkan setiap urusan kita

DanieL AdiE said...

sesungguhnya Allah itu tak zalim..
anda buat, anda dpt..

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/1st-time-menang.html

azrinrahim said...

wa kalijis: betol 2, kne ad usaha .. ayie penah dengar cerita unta tu ..

azrinrahim said...

cik zaza: memamng besar makna tawakal tu .. cme kadang-kadang ad yg tidak memahaminya

azrinrahim said...

khairunnisa: terima kasi bace

azrinrahim said...

nur intan haziraH:

incya-Allah dipermudahkan oleh Allah ..

azrinrahim said...

daniel adie:

betol tu apa yang sir katakan .. kita usaha, kita dapat ..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014