December 14, 2010

amalakn tips 5s waktu pagi ..

assalamualaikum semua ..

sekarang sudah pukul 6 lebih, tapi ayie tak tido lagi.
sahabat-sahabat palapes yang lain sudah bergerak peg bertempur .
haha, bukan bertempur, mereka adalah latihan sebab nak masok hutan minggu depan . ada seorang sahabat ayie masuk palapes UPSI ni . nama dia faez . 

okaylah, pagi ni disebabkan ngantuk ayie nak cerita sikit ni .
semalam pagi dapat mesej daripada sahabat ayie . dia ad tulis pasal 5s di waktu pagi . tapi ayie belum mapu melakukannya . kalu pukul 8.30am tu grenti ke bilik dan tido . hehe biasalah nak buat macam mana malam jadi burung hantu siang jadi apa ea ? tak ingt lah dan tak penting pun .
hendak tahu apa itu 5s . jom terjah apa yang sahabat ana nie tulis .


Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amlkan 5S ini :

01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.



inilah tips 5s yang sahabat ayie sent dekat ayie tu . sekiranya kamu semua nak try, try lah yer. ayie sudah mengantok nie . tapi nak tido macam sayang pulak . awl masih bak kata sahabat ayie mariduan . orang sabah bha . 


okaylah, ayie rehat dahulu kita jumpa di lain entry .
lepas nie nak bawak kisah tetang remaja pulak . 
maal salamah . 

13 comments:

apezs shah said...

tips yg ke-3 tu yg susah.. dok sorang, xleh nak sembang hehe..;)

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
nice sharing.

al-Quran tu penting ^__^ ma'thurat pun boleh diamalkan selalu selepas solat.

tempat kerja pun ada 5s. hee.

Mak Su said...

tq dgn tips yang diberikan, mgkn boleh berblogging juga utk elakkan kantuk tp biarlah ada beneficial, kan... :)

nur intan hazirah said...

betul2...penah gak wat nyapu bilik lepas subuh then mmber gelak hahahaha apada xmnyokong langsung...tp lau dah brjaga tue mmg tido la gak kadg2 hehehehe

azrinrahim said...

apesz shah:

tahu xper step yang ke-3 tu susah sikit

azrinrahim said...

to khairunnisa:

betul juga.. al-Quran memang pengting untuk kehidupan seharian kita.. boleh menjadi penawar di kala duka ..

azrinrahim said...

to maksu:

memang boleh mak su, tapi rehat itu penting juga leh ..eheh

azrinrahim said...

nur intan nazirah:

nak buat mcm mane, tak semua orang sokong perbuatan yang kita lakukan . ayie sellau tidak juga time sabtu ahad ah sebb berjaga malm..

AMir Izzat said...

assalamualaikum! pasal borak borak tue aku selalu amalkan sehingga lupa balik rumah..ehhe.. pasal sapu rumah...nak try tappi tak larat..eheh

walaubagaimanapun,terima kasih atas perkongsian ini...

salam perkenalan. :)

azrinrahim said...

amir izzat:
salam perkenalan .. bro itu bukan borak .. itu namanya bertapa .. hehe

Nur Mudrikah said...

palapes upsi, macam pernah dgr nama kawan tuh..huhu

mmg lepas subuh byk dugaan. mata time tu berat sangat..

dtg ziarah dari bloglist encik ben..salam ukhwah

Nur Mudrikah said...

palapes upsi, macam pernah dgr nama kawan tuh..huhu

mmg lepas subuh byk dugaan. mata time tu berat sangat..

dtg ziarah dari bloglist encik ben..salam ukhwah

azrinrahim said...

asslalualaikum: mesti pernah dengar punya .. nama fb dia faez sem .. budak johor loh dan course math ..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014