December 3, 2010

tag tentang pendapat mengenai sifat manusia?

tajuk entry sahaja dah pelik .
lagi lah ana nak jawab tag ni .
tapi xper ana try jawab tag ni .
ana dapat tag ni daripada BLOG tentang-tengtang .
seriously ana jealous trngok blog dia .
walaupun baru sahaja join blog dah ramai followers .
apa ea rahsia . haha tak caye ana cakap ?? klik link bawah nie .

dah tengok kan ?? percya tak ??

okaylah nak tahu tag ni pasal apa jom kita terjah tajuk ni .
tajuknya adalah .
jeng3x .

jealous, cemburu, sakit hati, kedekut dan egois ?

saper ada 5 sifat ni daalm diri dia ??
lebih baik kamu mengaku ya sebelum orang lain tahu .


ana mulakan untuk menjawab tag ni 


jealous dan cemburu


pada pendapat ana, jealous dan cemburu adalah sama sahaja cuma yang membezakan adalah jealous dalam word english dan cemburu dalam perkataan melayu . maksud kedua-duanya still sama dan tiada perbedaan . kenapa perlu jealous dan cemburu ?? kebanyakan jealous @ cemburu di kalangan orang melayu adalah bersifat negatif dan tiada yang bersifat postif . kenapa ana berkata begitu ? baik ana mahu bagi analogi iatiu jika seorang sahabatnya maju dalam bisnes, mulalah sahabat yang lagi seorang mula cemburu dan melakukan sesuatu yang dilarang Allah . adakah bukan begitu ?? bukan maksud ana untuk menjatuhkan aib orang melayu, tetapi fenomenanya begitu masa kini dan susah untuk diubah kembali sifat tersebut . ana ingin kita lihat bangsa lain seperti cina mereka ada sifat jealous tetapi tidaklah sampai melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan sahabt mereka dengan sesuatu yang syirik . sebaliknya, mereka berusaha untuk sama-sama maju dan berdaya saing . so, jealous itu perlu dikikis seliranya manusia itu ingin terus maju dan berjaya . kalau jealous yang positif tidak apa seperti jealous kejayaan sahabat dan ingin mencapai lebih daripada mereka tetapi jealous yang menyesatkan, mintak dijauhkan .




sakit hati


pada pendapat ayie, sakit hati ni lebih kepada orang yang yang dikenakan mahupun putus cinta . kenapa ana kata putus cinta, pertelingkahan disebabkab sesuatu benda dan sakit hati dengan perangai seseorang ?? banyak sebab yang boleh kita ringkaskan . yang first mengenai ea putus cinta . jika dua insan bercinta dan akhirnya mereka clash disebabksn kurang persefahamaan dan sebagainya pasti akan meninbulkan rasa sakit hati . ana sendiri penah sakit hati disebabkan cinta . sebabnya ana rasa tidak puas hati, kenapa dia perlu pilih mamat itu berbanding ana ?? apa hebat sangat mamat tu ?? poyo pulak ayat . seterusnya, pertelingkahan disebabkan sesuatu benda . ni sering berlaku kepada hubungan kekeluargaan . kenapa ana berkata begitu, sebabnya kurangnya rasa puas hati terhadap sesuatu perkara seperti pemberian harta . almaklumlah, selalunya anak sulung mendapat prioriti yang lebih @ anak lelaki mendapat bahagian yang lebih dalam pembahagian seterusnya mengenai hubungan anak tiri dan anak kandung . ini juga sering berlaku kerana mungkin disebabkan kurangnya kasih sayang yang diberikan kepada anak tiri mahupun tidak adil dalam urusan seharian terhadap anak-anak tersebut . ana rasa pasti semua orang pernah merasa sakit hatikan dalam kehidupan seharian  ?? tepuk dada tanya selera lah .




kedekut


saper kedekut dekat sini ?? haha ana rasa tidak semua orang kedekut tetapi mau oi ada juga yang kedekut tahap gaban walaupun time tu kita susah, dia masih tidak mahu tolong lagi . kalau ada manusia spesis ni ana, tak tahulah nak cakap apa, memang tak boleh buat sahabat lah . alhamdulilah, setakat ni sahabat-sahabat ana tidak kedekut untuk menolong ana sekiranya ana dalam kesusuahan . gembira bersama sahabat ana . apa yng korang kena buat dekat orang yang kedekut ?? ana rasa korang bagi nasihatlah dekat dia cakap kedekut tak berguna lagi-lagi berkaa=itan dengan ilmu . sesungguhnya sesiapa yang kedekut dengan iilmu yang mereka ada dantidak mengajarkan pada orang lain, mereka adalah orang yang rugi didunia ni . harap kita tidak tergolong dalam golongan tersebut lah . kedekut hanya membawa bencana sahaja kepada diri dan orang akan cop kita sebagai haki bakhil .


tengok kartun ni tulis apa . macam nilah sifat orang kedekut .


egois


egois ni memang ana seseorang itu tidak boleh kikis dalam diri mereka loh especially lelaki .  kenapa lelaki bukan wanita ?? ego ni bermaksud bagga diri dengan talent mereka . jangan lupa bila-bila sahaj Allah boleh tarik kejayaan @ kekayaan yag kita ada tu bila-bilam asa sahaja. tidak semua lelaki ego dan tidak semua wanita tidak mempunyai sifat ego cuma, ego mereka itu kadang-kadang tidak bertempat seperti mahu tunjuk hebat sihadapan awex mereka dan tidak mahu meminta maaf, sedangkan mereka memang yang melakukan kesalahan tersebut . ish, please lah jauhkan sifat ego ni dalam kehidupan seharian kerana tidak memberi manfaat pun untuk kehidupan di masa akan datang dan akan menyebabkab oran mwluat sahaja untuk bergauk dengan kamu . macam lah ana tidak egokan ?? ana ad certainnya ego, depend pada sesuatu perkara tersebut . tapi jangan lah semua perkara nak ego . 




p/s: so, sekarang korang rasa benda ni ada tidak dalam kehidupan korang . kalau ada, marilah kita sama-sama untuk menjauhi benda tersebut dan mulakan benda baharu untuk terus dapat menjadi seorang yang sederhana . ni adalah karangan ana sendiri tidak ada copy mana-mana dan setiap sesuatu yang ana perkatakan adalah melalui hati ana sendiri .

so, sape-sape yang ada idea nak jawab tag ni, ambiklah dan jawab . jawab dengan ikhlas dan jujur . salam ukhwah daripada ana , ukhwah fillah . renung-renungkan dan selamat beramal .

No comments:

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014