December 14, 2010

apakah makna takbir kita ..

assalamualaikum semua ..

alhamdulilah sudah pukul 3.00am sekarang .
ini kalu cik nur kasih tahu ayie tak tido lagi pasti sudah dimarahi .
cik nur kasih tu sahabat baik ayie .
jangan fikir yang bukan-bukan ya .

okaylah pagi ni ayie nak konsi sikit ilmu berkenaan " takbir ".
ayie perolehi sedikit ilmu ni semasa sedang membaca buku hidayah .
rasa nak kongsi bersama pula dengan yang lain-lain .

apakah makna takbir kita ?
apakah takbir hanya bermakana
pengagungan Allah semata-mata ?



secara bahasa, takbir bermaksud " membersihkan ". dalam al-Quran. surah al-Baqarah ayat 185, kata takbir disebut dengan kalimat, " dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (litukabbirullaha) ataspetunjuknya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur ".

kata tukabbiru (fi'il mudhari') sendiri berasal dari kata kabbara (fi'il madhy) yang bererti membesarkan atau menagungkan . dari kata kabbara ini terbentuk istilah takbir (isim mashdar). menurut syariat, takbir yang dimaksudkan adalah bacaan yang membesarkan nama Allah (allahu akhbar ) . dengan demikian, bacaan takbir mengajarkan kita untuk melatakkan Allah sebagai zat yang maha besar dan maha kuasa atas segala-galanya .

itulah kenapa, takbir dijadikan pengunci awl dalam ibadah solat kita . disebutkan "takbiratul ihram" kerana takbir merupakan kunci untuk mengharamkan segala kegiatan dan tindakan serta bacaan selain daripada gerakan dan bacaan solat serta mengharamkan segala fikiran serta tumpuan semata-mata kepada Allah . ya, kerana ikrar kita telah terucap bahawa Allah sahaja yang maha besar . segala urusan keduniaan, segala masalah peribadi, dan segala kesombongan manusiawi seharusnya runtuh seiring dengan dibacanya takbiratul ikhram . 

kerana itulah, dimaknai "tasshghiru man siwa Allah"[mengecilakn segala hal selain Allah] . termasuk diri sendiri . membaca takbir adalah sebuah penyataan tentang kelemahan diri di hadapan Allah . sebuah penyataan bahawa kita hanyalah makhluk yang sangat "tidak berguna" sebelum dise,purnakan penciptaannya oleh Allah . tercipta daripada setitis air mani, yang kemudian ditempatkan oleh Allah dalam sebuah "alat kandungan" tercanggih dan terkukuh tiada tandingan di alam dunia ini iaitu rahim ibu kita . yang kemudian ditiupkan roh dalam diri kita dan diberikan segala kesempurnaan yang luar biasa indahnya .

takbir juga sesungguhnya mengajar kta untuk percaya diri . sebab kita menyakini bahawa tidak ada yang perlu ditakuti didunia ini selain Allah dengan segala kekuassanya yang maha mutlak . yang terjadilah adalah apa yang dikehendaki oleh Allah, maka selama tujuan dan niat kita kerana Allah, maka percaya diri sahaja tidak perlu takot mahupun cemas dengan sesiapapun . 

inilah yang dianjurkan oleh rasullulah kepada sahaabt sebelum mereka turun ke medan perang .rasulullah meneguhkan niat kepada para sahabat, bahawa kalau Allah berkehendak, maka pasukan yang kecil pun bisa mengalahkan pasukan yang besar jumlahnya .

Sayyid Quthub berkata, takbir mengandungi makna bahawa manusia dibenarkan memangil atau menyeru dan menamakan tyuhan mereka sehendak mereka sesuai dengan nama-namNya yang paling baik (asmaul husna) . 

dalam konteks yang lebih luas takbir meyangkut bebrapa hal iaitu .
  1. takbir sebagai bentuk perintah dari Allah kepada makhluknya . "demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu . dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik ." [al-Hajj:37]
  2. takbir sebagai gambaran pengagungan tanpa batas kepada Allah, "dan katanlah: segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan dia buka pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan penagungan yang sebesar-besarnya ." [al-Isra':111]
  3. takbir sebagai bentuk rasa syukur kita kepada Allah, "dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." [al-Baqarah: 185]
  4. takbir sebagai bentuk zikir kepada Allah, "dan sebutlah nama tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang ." [al-Insan: 25]
masih banyak lagi makna takbir didalam al-Quran . yang jelas, pada dasarnya, orang yang bertakbir adalah orang yang berzikir kepada Allah dan mengigatiNya kerana gambaran syukur kita atas segala yang diberikan Allah kepada kita semua . lillahitaala .

credit : hidayah 

alhamdulilah, akhirnya ayie dapat juga siapkan entry ni walaupun mengambil masa yang lama . adeh . nasib baik sudah selesai menjalankan ibadah solat subuh . pukul berapa ya sekarang . jap ayie tengok jap .


sekarang masa untuk ayie berehat pula . agpun tidak ada apa aktiviti hari ni cuma petang nati kena peg KL ad perjumpaan MAJOR dengan menteri . siapa menteri tu ayie tak tahu ..? hopefully, dapat jumpa menteri yang sanggup bagi biasiswa pelajaran dekat ayie nie ..wing ~ wing ~ wing ~ 

(ayie, kamu jangan perasan ada orang mahu bagi kamu biasiswa)

okaylah, jumpa dilain entry dengan kisah yang lain pula .

2 comments:

immukmin said...

nice netri....tq..sbb sudi berkongsi ilmu ... =)

Unknown said...

immukminin:

terima kasih kerana kamu sudi datang blog ayie .. ayie sentiasa dambakan entry2 daripada nafsu serakah .. incya-Allah

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014