December 15, 2010

rokok = bunuh diri

Assalamualaikum semua ..

petang-petang macam nie bestkan dapat peg jalan-jalan sambil makan .
opss, lupe pula . ad yang puasa hari ni, kan 9 muharam (tasua') dan 10 muharram (asaura) . disunatkan untuk berpuasa dan mendapat pahalanya 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah . incya-Allah .

apa pulak cerita pasal puasa nie, nak cerita pasa rokok nie dalam kalangan remaja . pelik kan mereka, dia awal usia lagi mereka sudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu . ini semua disebabkan oleh bebrapa faktor :

  1. hasutan daripada rakan-rakan .
  2. rasa ingin mencuba sesuatu yang baharu .
  3. teroengaruh dengan gelagat ayah @ abagn yang hisap rokok .
memang tidak dinafikan, hisap rokok sahaja boleh menyebabkan kematian cuma kebanyakkan mereka, terutama remaja masih tidak sedar lagi tetang bahaya rokok tersebut . bagi remaja lagi, kalau hisap rokok nampak macho bro . macho ker, poyo jer ayat korang tu . emo kejap . strongly aku memang tak isap rokok dan incya-Allah tidak akan isap rokok kerana akan memudaratkan diri sendiri . jom cuba kita jengah seketika tentang pengharaman rokok nie FB dan patut untuk perkongsian bersama :

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashimâ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK



1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Sedkit sebanyak dari

Dr. Abu Bakar Abdul Majeed
Pusat Racun Negara, USM

Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan.

Di Australia, umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini lebih besar daripada jenama rokok itu sendiri.

Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: Di Australia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematian daripada yang disebabkan kemalangan jalan raya.

Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumat yang diberikan kepada pengguna yang masih mahu memperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murah daripada negara-negara maju.

Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok. sya ambil sikit je dari Dr.abu bakar sebab terlalu panjang atikel dia...

Untuk renungan bersama bagi orang islam.. Firman Allah s.w.t. : 


"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An-Nisa' : 29)"



Hadith Rasullulah s.a.w. :

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam"

lihat gambar ni :

katakan tak nak pada rokok .

daripada penjelasan tersebut, ada sesiapa yang ingin meneruskan untuk menghisap rokok, ada yang kata, hisap rokok boleh hilang tension dan beri semangat nak kerja . semuanya alasan semata-mata . kalau nak tenang mengadap al-Quran dan berdoa kepada Allah dan semangat pula memang kena timbulkan dalam diri sendiri . akhir kalam, maaf dengan setiap kata-kata ayie . ayie perolehi info nie daripada salah seorang sahanbat ayie di FB untuk manfaat bersama . salam ukhwah .

9 comments:

DanieL AdiE said...

hate smoke, hate smokers!

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/1st-time-menang.html

Unknown said...

daniel adie:

betol tu .. ayie tak suka ..tapi ad juga sahabat yang smoke ..

azie said...

katakn xnk pada rokok hehe.. lemas bau asap rokok huhuh

azie said...

katakan x nk pd rokok.. lemas bau asap rokok huhu

azie said...

katakan x nk pd rokok.. lemas bau asap rokok huhu

azie said...

katakan x nk pd rokok hehe.. lemas bau asap rokok huhuh

Unknown said...

azie:

betol tu, katakan tidak pada rokok..xsuka rokok

Unknown said...

wahh..entri yg baik..tp dah tgk version "SAY YES TO SMOKE" drpd Jejaka Terhangat? =p

Jejaka Terhangat: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Merokok..!!

Unknown said...

jejaka terhangat:

mesti ke merokok? erm, i will visit you now ..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014