June 24, 2011

RM 500 free | amalan-amalan dalam mencari rezeki

السلام عليكم

alhamdulilah ayie ad mase nie nak tulis shjelah apa-apa yang patot untuk dikongsikan bersama dengan kalian semua. lagipon petang mcm ginikan sesuai untuk bersama-sama dengan family. lagipon besok hari liburan bersama keluarga kan. hehe by the way ayie mahu tanye sesuatu dekat shbat semua, "adakah shbat semua akan bg pinjam duit dekat rakan kamu yang telah lama menghilang. tibe-tibe dia anta chat dekat kamu and mintk kamu tolong duit sebanyak RM500.00? adkah shbat semua akan tolong?". ayie tengah pening lah sekarang nie. berbelah bahagi. kalau ad komen bagilah pendapat dekat ayie yer. incya-Allah dpt memberi manfaat bersama.

first entry yang panjg. petang nie ayie cuma nak kongsikan sesuatu shje dekat shbat semua. incya-Allah dapat memberi manfaat kepada semua orang pada mase kini. ala, malas plak nak bahasa bhasikan. jom bace apa yang ayie tulis dekat bawah nie.

KONSEP REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)



sumber


incya-Allah apa yang ayie kongsikan ini dapat digunakan bersama yer. tidak ad apa-apa yang ayie nak katekan cuma dalm kita mencari rezeki jgn lupe akan amalan-amalan seharian kita. walopon telah berusaha sedaya mungkin tapi kena ingt bahawa semuanie adlh dibawah kekuasaan nye.

23 comments:

Ryan Ervan said...

Aman pernah dapat mesej macam tuh but in the end i didn't help him coz my uncertainty. Aman bukan x percaya but takut the worst thing can happen in the end and akhirnya diri sendiri yg kesempitan. Btw, thanks for the tazkirah Azrin.

harrazdani said...

situasi yg sama...tahun lepas saya pun mcm ayie...jumpa kawan lama, itu pun melalui FB.tup2 dia minta pinjam rm 500.00 jadi saya fikir punya fikir saya bagi atas beberapa faktor

1- saya mengenali latar belakangnya yang berpegang pada janji, tp kalau member ayie tu semasa persahabatan sering mungkir jannji...baik lupakan.

2- dia ada sejarah meminjam ngan saya dan waktu bayarnya adalah tepat...jadi kalau member ayie sebaliknya lupakan sahaja.

3- saya tahu dia akan dapat duit pada masa dia berjanji nak bayar seberti yg beliau bgtau...tp kalau member ayie tak bgitau masa sekian2 dia akan dapat duit utk bayar dan dari mana sumber duit itu datang....lupakan. kalau harap duit gaji nak bayar hutang lupakan....

mcm tulah ayie...tepuk dada tanya iman...kerana hati kawan pun kita kena disamping tidak membelakangi hati2 yg lebih penting...betl tak.

adwafarahin said...

ayie klu adwa la kan adwa x bg
adwa rse die nk guna adwa time die ssh je
but its up to u :)

Unknown said...

jangan la bagi..banyak tu..5 ratus.cer pikir kenapa dia nak pinjam kat orang yang setahun sekali dia jumpa???
ye betul..sebab senang nak elak bila nak bayar..
kenapa dia tak pinjam dekat orang yang hari2 dia jumpa.???
pandai ayie!!sekali lagi jawapan betul..
sebab yang hari2 jumpa tu senang sangat nak bertemu muka..
heheheh

aisyahzainal said...

oo..kasihannye, kire dalam dilema ler..
mm, xyah bagi kot..
setuju dengan adwa, kawan yang ade time ye susoh je, ish9 selfish 2..
baik pk dalam2 dulu..
owkeh

RHI said...

kakak setuju dengan pandangan pertaman dr harrazdani, tapikan manusia boleh berubah, jadi Ayie kena fikir betul2 dulu, ikut naluri Ayielah, kakak pun tak ada hak kan

Zul fattah said...

erm.. pengalaman mcam ni..aku ada r..Tapi.. bab2 duit ni aku tak kisah sngat..sebab.. aku pun tak ada duit ni..huhu

syuxer said...

emm..manusia mudah pinjam tapi susah nak bayar balik..saya dah kena dah situasi camtuh..bukan rm500 tapi sikit je..kalau dapat peminta hutang yang bayar spot on time xpela..:)

anyway..tq tazkirah tuh..banyak manfaat boleh diambil..

Unknown said...

haha..mmg ta bg la pinjam..lame ta sembg tup-tup nk pinjam duet..adoii :D

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

memang ada pengalaman cam ni.. tapi mase die senang die lupakan kita.. bile dah susah baru cari kiter.. ape kessss

Scha Nazri said...

hurmmm. fikir baik-baiklah ayie. duit ni bukan rm5. rm500 tuh. kalau ayie rasa kawan ayie tu boleh dipercayai, bagi lah dia pinjam. fikir baik2.

Firdaus Life said...

kalau aku memang x kan tolong. huhuhu

azwa amani said...

awin lihat dulu bgaimana dengan sikap dia...kalau lama tak jumpa dan behubung, mungkin ada sebb lain..awin akan bgi pinjm..mungkin time tu dia susah kita tolong :)

. said...

jujur , nawal takan bg !

kes duet nie mmg kena berkira , kena pikir 24 ratus juta kali :)

NasQ said...

errr... nak pinjam duit boleh bro? dalam 3,4k jea... tak banyak kan kan kan...

Abu Bagi said...

banyak kot 500, yakin ke dia akan pulangkan..kalau tak..baik tak payah..

belogkiter said...

percaya tak pada dia? kalau percaya dan rasa ikhlas nak tolong.. tak salah menolong orang dalam kesusahan.. tapi kalau rasa tak percaya, mungkin boleh bagi dia seratus atau lima puluh ringgit

Alif Haris said...

kalau sy, sy pn berbelah bagi .. tapi belah yg taknak bagi lagi berat daripada belah nak bg pinjam ..

sebab orang mcm2 skrg .. kita kene waspada .. huhu ..

tp its up to u la :)

Anonymous said...

hurmm.
ntah la..
susah nak percaya orang yang dah lama lost contact dengan kita nie.
buadnye lepas pinjam.
dia menghilang.
haaa..
kan dah susah dekat kita
tapi apa2 pun.
ayie pikir yang terbaek okay?
:)

Unknown said...

nak pinjam janji bayar manis je mulut
tapi bila masa nak bayar balik liat..tapi tengok jenis orang jugak la..

blog-tips-kurus said...

rujuk harrazdani, kena buat research pasal suspek itu. kalau saya, mungkin tak bagi penuh. itupon selepas dengar alasan dia sekonkrit mana. tak mau by SMS/emel/YM je.. hati-hati bab $$ ni.

*Jawa Pahang dik. hidup Pahang! :-)

Cik Pulau said...

kalau cik pulau la kan,,
cik pulau tak bagi..huhu..

suka konsep rezeki yang atie tulis..^^,

Unknown said...

wan takut bila ayie dh bg pinjam nanti,dia yg menghilang balik.sape yg susah mase tu kan.itu kira berdosa taw kalau kita menzalimi diri sendiri.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014