June 14, 2011

salahkah seorang suami ingin berpologami ??

اسلام عليكم

alhamdulilah dpt lagi kita bersua dekat blog ayie ini. maaflah kalau sekrang ini ayie jarang berjalan-jalan ke blog shbat semua. ayie ad pekerjaan yang perlu dilunaskan. sebenarnya hari ini ayie nak cerita sedikit tetang poligami. huhu kenapa ayie nak cerita pasal poligami ? sebabnya dekat comment entry semalam ad dua orang yang menyebutkan ramianya menyalahgunakan sunnah rasulullah dalam berpoligami. kalau tak percaya baca entry sini.

sudah bace blom? huhu ayie tak berapa arif sangat dalam bab-bab berpoligami lagipon ayie blom lagi mendirikan rumahtanggan cuma adlah sedikit perkongsian yang ayie perolehi setelah ayie bt research dekat internet. hoho macam orang nak siapkan tesis shjekan nak buat research segala bagai. hahaha sebelum itu jom fhami maksud ayat ini.
Pertama sekali, perlu difahami bahawa hukum berpoligami ini adalah sabit melalui nas al-Quran :
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (gunakan) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (an-Nisaa’ : 3)
 sumber.
Namun, perlu difahami.. bahawa ayat ini menunjukkan keharusan untuk berpoligami dan bukannya suatu tuntutan, gesaan mahupun seruan kepada kaum lelaki untuk berpoligami.. Malah ayat ini jelas memberitahu akan kepentingan untuk berlaku adil (supaya tak melakukan kezaliman) terhadap isteri2.. jika takut tak mampu berlaku adil, maka lebih baik beristeri satu saja.
Suatu masa dulu ada satu pergerakan keagamaan (telah diharamkan) telah membuat penafsiran yg salah tentang poligami ini bila menyatakan bahawa poligami ini merupakan tuntutan agama.. maka mereka mempromosi poligami ini sebagai cara untuk menarik para pengikut terutama dari golongan korporat dan kaya raya.. Malah pemimpin tertingginya juga pernah menafsirkan bahawa yg dituntut adalah poligami dulu.. sbb tu dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa “kahwin dua”.. dan monogami (beristeri seorang) dinyatakan di akhirnya (kalau tak mampu berpoligami).. nyatalah ini merupakan penafsiran sesat yg berpandukan hawa nafsu semata2.. 
Ayat poligami bukanlah untuk menggalakkan beristeri ramai, sebaliknya menghadkan jumlah isteri kepada 4 sahaja pada satu2 masa.. Ini demi membendung budaya Arab Jahiliyyah yang berkahwin ramai sampai berpuluh2 orang.. sumber
bagi ayie, janganlah keharusan itu menjadi keutamaan. itu hanyalah bagi mereka yang mapu dan sanggup untuk berlaku adil. mungkin ad wanita yang masih meragui mengenai keadilan seorang lelaki itu tetapi incya-Allah jika seorang suami itu tahu tanggungjawab dia apabila berkahwin dua dan resiko yang bakal dia hadapinya. incya-Allah dia dapat berlaku adil.

selain daripada itu, hukum berpoligami sebenarnya adalah harus tetapi boleh berubah mengikut keadaan seperti wajib, sunat, haram, dan makruh. itu semua bergantung kepada keadaan seseorang lelaki itu apabila mahu melangsungkan poligami. ingtlah wahai suami, tidak salha kamu ingt melaksanakan sunnah rasulullah dalam berpoligami tetapi hayati ayat ini baik-baik yer.
Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja.” (An Nisaa’: 3)
 Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.” (QS. An Nisaa’: 129)
maksud kamu sekali-kali tidak dapat berlaku adil ialah tidak dapat berlaku adil dalam rase cinta, kecondongan hati dan perhudungan intim. ini kerana setiap isteri adlah berbeza dripada paras rupa dan sebgainya.


ini shjelah yang ayie dapat kongsikan. kalau ad kesilapan dalam penulisan ayie ini sila perbetolkan. incya-Allah dapat manfaat bersama dan jelas apa yang dimaksudkan dengan poligami itu. siri aku hanya insan biase yang hanya ingin menyampaikan sesuatu. maaf jika ad kesalahan dalam penyampaian. 

10 comments:

Firdaus Life said...

huhu aku rasa diri aku x dapat berlaku adil jadi x pilih poligami kot. hehe

Unknown said...

berpoligami memang dibenarkan tapi jangan sampai menyeksa isteri sebab tak dapat berlaku adil

syuxer said...

berpoligami boleh asalkan berlaku adil dan bertanggungjawab serta mampu

rafina mimi abdullah said...

nak berpoligami x salah tapi suami kena pandai memainkan peranan..mesti berlaku adil..kalau x,jawablah kat akhirat kelak..

CintaZulaikha said...

mmg la berpoligami tu tak salah. to sanggupkah kita nak menghadapi tu sumer..

sumer perkara kena tgk dari sudut yg patut..jgn main redah jer...

Unknown said...

huhu..boleh nk poligami tapi kena la adil

hana said...

poligami tak salah..
tp x sanggup asenye nak berkongsi..
=D

Anonymous said...

apa2 pun chemay benci lelaki yang nak berpoligami.
padahal sebelum kahwin dulu sikit punya manis kata2 janjimu.
caittt..
lepas tu nak kahwin 4.
p/s: benci salleh yaakob
lalalalala~~~

adwafarahin said...

nk berpoligami bialah betul2 mampu dan boleh berlaku adil contohi rasulullah :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sebelom berpoligami suem cakap leh secara adil.. tapi bile dah selamt 3 or 4 masih adil lagi kah????

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014