اسلام عليكم
apa yang korang tengah layan sekrang nie ea. lagi-lagi ayie lepak dekat pantai nie, aduyai best yer udara dekat sekeliling sini disamping cuci mata. apalah nak jadi dengan mereka nie belom ad ikatan sudah berani keluar berdua. aduyai, bukan ayie lol. tapi kalo ayie keluar berdua selalu dengan my sis. itupon oran cakap kiteorng pasangan couple. haloo korang tak nampak ker yang kami nie ad ikatan persaudaraan. muka sama kot.haha
abaikan ayat dekat ats itu. sambil-sambik tengan layan facebook nie ayie terjumpa something mcm dekat tajk entry tu. hehe tpy serius macam ad betol yer juga lol. saper perempuan sila angkt tangan selepas apa yang akan ayie kemukan dekat bawah ini kelak. haha tpy ad lagi ker perempuan macam tu. tak percaya. kita layan jom. haha
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)
seriously mase ayie bace benda nie macam ad yang betolnya juga dan lelaki patut tahu tentang perkara ini bagi yang sudah berumah tangga. haha kalau nak apply awal korang faham shjelah bak kate bro solihin couple itu haram lol. kalau tak percaya korang pergilah terjah blog abg solihin lol.
wahai wanita sekalian. jika betol apa yang tersurat dalam scroll tersbut sila angkat angkat dan iakan kerana penting untuk mase depan kalian. haha jahatnya aku nie. aduyai. nie adlah perkongsian bersama. wanita-wanita diri kamu sungguh mulia dan kamu layak untuk mendapat layanan istimewa daripada bakal suami kamu kelak. jgan lupe jaga akhlak kamu ya wahai wanita disamping diri kamu.
12 comments:
benda2 tu ada betulnya..angkat tangan macam ayie ..
adalah sesetengah aja yang betul tu..
ada yang betul ada yang tak :D
yg single ta yah tao lagi lah kan :D
ye betol..
saye angkat tgn jugak...
=D
kena angkat tangan jugak ke ni? angkak kaki tak leh ke?
oo..mm..infor terbaru ni..hehe..
suke stment yg ke 12...saya bkn lady..mcm mana nak angkat tgn?? angkat kaki pun boleh la..he..he..
xsume betol fakta2 yang dinyatakan tu.. tapi kebayakkan nye betol la kan... hahahaha
agk2 ade x lelaki yg betul2 amik tahu psl bnd2 mcm ni? =.='
itulah kekuatan wanita sebenarnya. =)
@Puteri Iqa Izyan
ad jerlh sis..hehe
Post a Comment