السلام عليكم
jauh disudut hati inigin sekali melihat ketenangan tetapi masa sentiase mencemburui diriku sehinggakan aku tidak dapat untuk merasa hembusan angin pantai. apa yang aku perolehi hanya debu kotoran lalu lalang sehari manusia. bila mase aku akan menghirup udara segar?
apa-apa shaja yang ayie mengarut niekan. sebenarnya ayie nak share something dengan korang semua. harap-harap benda nie memang bermanfaat lah untuk dijadikan renungan bersama. incya-Allah.
.
.
.
.
.
.
.
.
..:: Tidak Hina Orang Yang Merendah Diri ::..
Pesanan Untuk Diri Sendiri Dan Untuk Anda Semua..
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini.
Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya. Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa lain ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
credit to sumber
--------------------------------------------------------------------------------
p/s: nothing to say, hanya itu shje sebagai perkongsian bersama. incya-Allah dapat dimanfaatkan bersama kelak. incya-Allah.
31 comments:
terbaik la bro .. tidak ada manusia hina dlam dunia ni
pesanan yg amat2 bermakna utk diri ini.. thx for the sharing.. :)
pesanan yg bergune :)
pesanan terbaik yg harus kita renungkan..
manusia sama saja disisi Tuhan, siapa kita untuk menilai
renung2 kan slamat beramal ;)
sokong dengan yatie..kita sama di sisi Dia..cuma amalan yg membezakannya ;)
orang yang rendah diri dipandang tinggi oleh Allah :)
bongkak amalan syaitan .
orang yang mrendah diri tu lah yang diberkati bukanlah orang yang riak dan bodoh sombong ^__^ thx azrin :)
berkongsi itu bagus ;)
setiap manusia memang tak lepas dr melakukan kesalahan, sebab itu manusia perlu sentiasa diberi peringatan.. tq :)
hi, salam perkenalan
nice blog
follow me back
thanks
sikap manusia memang macam tu . nampak buruk aje , terus kondemmmm !
ya betul jgn bodoh sombong sudah..
sangat suka dengan ayat ni..."anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita."
thanks ayie
betol tu... stiap orang ada maruah nye sendiri.. xpatot ade jenis orang menghina dan orang yang dihina.. kite sume sama ja
terbaik info neh..:)..baru aman dunia bila manusia berfikiran sedemikian..
suka org yg rendah diri...
thanks share ayie ;)
thanks ayie for sharing.bersederhana itu penting
cuma ketika hari ini amat sukar sekali kita terlihat mereka yang berilmu itu jujur kerana agamanya.
peringatan yg bagus ayie!!..=)
terbaik...
nice entry ayie :)
semua kita sama, namun yang membezakannya iman dan taqwa
nice sharing :)
merendah diri tu adalah lebih bagus sikapnya kalau nak di bandingkan dengan sikap meninggi diri..dalam islam sendiri pun membenci orang yg suka bersikap meninggi diri ni..
hmmm.. btol tu....
perlu merasakan ada lagi yg lebih hebat darpd diri kita, baru perasaan merendah diri itu ada :)
xde yg sempurna...apa hak kite nk hina orgkn...humble 2 pntng...
betul..
apasalahnya merendah diri utk menerima teguran org lain..
tidak kiralah siapa pun yg menegur kita..
org yg tdk mahu menerima teguran, bodoh sombong!
nice sharing. kena ingat yang kalau kita rasa kita baik, ada lagi yang lebih baik kan
Post a Comment